Tuesday, 22 December 2015

Kelas akhir

hmm..semalam baru habis kelas akhir bagi subjek aplikasi komputer di bawah bimbingan Sir Azwan. Bukannya kelas, ia lebih kepada pertemuan untuk melaksanakan pembentangan slaid dan video. Namun saya anggap ia sebagai kelas akhir. Perasaan bercampur-baur. Ada sedih, gembira, lega, penat dan lain-lain. Hahaha. Lega sebab kami telah berjaya melaksanakan tugas yang diberi. Takdelah berjaya sangat, tetapi kami yang rasa macam berjaya. Sebab kami telah mencurahkan sepenuh tenaga ke atas video tu. Hahahaha. Tetapi, kecewa juga sebab hasilnya tidak mencapai piawaian dan jangkaan Sir azzwan..huhuhu. Minta maaf sir kerna tidak berjaya membuatkan sir kagum dan bangga dengan kami. Terima kasih kerana percayakan kami dengan memberi 'expectation' yang tinggi terhadap kerja kami. semoga segala nasihat yag sir berikan dapat kami gunakan untuk memperbaiki diri pada masa hadapan. Amiiin.
terima kasih atas segalanya, Sir Azzwan. Minta maaf atas segala khilaf daripada saya dan rakan-rakan. Mohon restui kami dalam perjalanan yang seterusnya....:)

Epilog

Akhirnya, sesi pembelajaran semester pertama dah tamat..
Aku kini perlu berusaha mengulang kaji pelajaran demi menghadapi peperiksaan.
Akanku cuba buang segala rasa malas demi aku mendapatkan keputusan cemerlang.
Ya! itu janjiku.
Biarpun terdapat sedikit rasa iri hati terhadap kawan-kawan yang pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ketika minggu ulang kaji, namun aku tidak akan bersedih.
Biar tidak pulang sekarang, tetapi akanku pulang nanti dengan sehelai kertas keputusan cemerlang buat emak dan ayah yang dirindui.
Sabar mak, sabar ayah.
Doakan angah kuat.
Biar angah berusaha.
Usaha yang diredhai dan diberkati Ilahi.
Supaya kejayaan nanti bukan sahaja menggembiraka mak dan ayah, tetapi juga mendekatkan angah dengan Allah.

Thursday, 10 December 2015

Xtreme C

Hmmm. ExtremeC ni merupakan salah satu kelab kecil di bawah Kolej Ungku Omar. Saya merupakan salah seorang ahlinya. So, pada minggu lepas kelab ni buat aktiviti perkhemahan sebagai satu pengenalan ahli-ahli baru dan untuk merapatkan jurang antara junior dan senior. Seronok sangat! semua orang sporting habis..terasa macam satu keluarga yang besar. Saya dah mula sayang kelab ni walaupun tak sampai dua hari kami bersama. Macam-macam aktiviti kami lakukan dari yang simple hinggalah aktiviti lasak. Yang paling best time nak masak. Dalam kelab ni, kami telah dipecahkan mengikut 'siblings'. Masa tu, 'sibling' saya ialah Aqilah, Ilani, Kak Husna, Kak Cheeqon, Kak Nana, Azli, Iffah, Abang Pali, Abang Areep dan Abang Amy. Semuanya tengah belajar lagi. Ada yang tengah sambung master, jadi felo KUO. Walaupun hujan lebat sehingga khemah bocor dan pakaian basah, namun kami tetap meneruskan perkhemahan. Malam tu, kami tidur di bawah astaka. Lupa nak beritahu, kami sebenarnya berkhemah di Gunung Angsi Negeri Sembilan..Hihihi. Jangan risau, semua terjaga. Tiada campur lelaki perempuan. heee.Yang paling best, masa hari terakhir, kami makan nasi ambeng. Nasi gaul sardin dan telur. mula-mula waswas juga nak makan sebab campur sekali kan..tapi sebab lapar, layan jelah. Hahahaha.



SYUHAIDARAWI

Prolog

Aku membuka mata.
 Hari ini ialah permulaan yang baru bagiku. 
Aku ingin berubah. Ya! Aku ingin berubah. 
Setiap denyutan nadiku kini hanyalah untuk Allah. Apa yang aku lakukan semata - mata untuk mencari keredhaan-Nya. Biarlah perkataan yang keluar dari lidahku ini semata-mata untuk mengajak manusia mencintai - Nya, yakin pada - Nya dan taat pada setiap suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ya, itu janjiku! Namun, sebagai manusia aku sering dilalaikan dengan perkara duniawi yang sifatnya sementara dan sia-sia. Aku leka dengan keseronokan sementara. Aku terlena dalam mimpi indah yang bakal dikejutkan bila-bila masa. Namu, in bukannya alasan untuk aku membiarkan diriku hanyut dalam dosa. Aku tetap akan berubah. Akanku kuatkan langkah ini di jalan tarbiah agar apabila aku tergelincir, akan ada sesuatu yang boleh dijadikan tempat berpautku. Ya! Aku nekad kini. Aku yang menentukan langkahku. Biar aku yang tentukan!.  



SYUHAIDARAWI

Friday, 4 December 2015

Busy Life

I actually prefer a busy lifestyle, a packed schedule and a limited leisure time. Why did I choose this kind of life? Well, if anyone asked me this question, I cannot answer it because I also thought that there is something wrong with me. I am not normal.
But now,  I can proudly answered without any hesitant if someone asks me this question. Because I knew the answer already. Only me know the best for me and a busy lifestyle suits me very well.
I am the type of person that is easily drowned in something that brings nothing to me. I tend to waste my time. so, I think that by making myself a busy person, I can use my time efficiently. No more wasting !

well, I choose my life and I have my own reason in whatever I chose. You may questioning me, but I have prepared the answer...

SYUHAIDARAWI

NS

N - Nilai
S - Sayang
Nilai sayang...Setiap orang ada ukuran sayang yang tersendiri terhadap sesuatu. Sayang pada makhluk macam mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan, pensyarah dan lain-lain. Tak lupa juga sayang pada benda seperti gajet, kereta dan sebagainya. Apa yang membezakan kita adalah indikator yang digunakan untuk menilai sayang itu. Ada orang, sayang itu cukuplah sekadar ucapan tanpa pembuktian dan ada juga orang yang sebaliknya. 
Saya pun tidak terkecuali. Bagi saya, sayang memerlukan pengorbanan. Sebab apa ?? Kerana saya yakin sayang itu bukannya bermaksud kita ingin bersama dengan seseorang serta memilikinya. Sayang itu lebih daripada itu apabila kita boleh korbankan perasaan semata - mata kebahagiaan orang yang disayangi. Begitulah besarnya nilai sayang pada mata saya.
Contohnya, seorang emak sanggup berpisah dengan anak yang dibesarkannya semata-mata untuk pelajarannya agar dia mempunyai masa depan yang cerah pada masa depan. Ituah nilai sayang yang perlukan pengorbanan yang amat besar. Ibu mana yang tidak sedih jika selama ini anak itu dekat dengannya, dikandungnya sembilan bulan, disusuinya tiga tahun..tiba-tiba terpaksa pergi jauh daripadanya...huhuhu. 
kerana nilai sayanglah berlaku pengorbanan besar ini. Percayalah...

#sayasayangmak
#rindumak
#berkorbandemisayang


SYUHAIDARAWI

Monday, 30 November 2015

Pengalaman

Assalamualaikum...
Nak cerita sikit pasal pengalaman di hujung minggu. Hari Ahad lepas, saya keluar jalan-jalan ngan Tasha..seriously, nervous...haha. Pertama kali nail KTM dengan train..nasib baik Tasha agak arif tentang selok belok tempat tu. Jadi, taklah berdebar sangat..Masa sampai di Berjaya Times Square, saya sangat teruja. Tak kisahlah awak semua nak cakap apa. Mmang itu pertama kali saya. Huhu. Budak kampung lah katakan...dah sampai tu, kami terus cari tandas dan surau...
Selesai solat zohor, apa lagi..kami teru ronda semua tingkat mall tu. Haha. Rambang mata jugak lah..
Kemudian, kami rehat solat asar.. Pastu sambung lagi... Tup tup, dah malm pun...Kami mula lah gelabah sebab takut pulak nak balik malam-malam ni berdua saja..Tasha tinggal KL..Dia pun telefon mak dia suruh datang ambik kami..Jadi kami tidur sana lah satu malam..tak balik kolej..huhu. Kesian Asyra roomate saya terpaksa tidur sorang-sorang walaupun dia demam..Maaf Asyra...
keesokan pagi tu ayah Tasha hantar kami ke kolej...saya pula terus dihantar ke kelas sebab pagi tu ada kelas pada pukul 11 pagi..Huhu

Pengalaman yang manis...




SYUHAIDARAWI

Hati Mati

Hati Mati ???
kita selalu dengar orang-orang sebut, 'ini soal hati', 'tapi hati aku baik' dan macam-macam lagi soal hati...
Namun, apa yang kita faha tentang hati??
Rasulullah ada bersabda, mafhumya..dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggotanya dan sebaliknya. Daging yang baginda maksudkan tu ialah hati. Dari hadis ini, kita dapat lihat betapa pentingnya peranan hati tu pada diri kita sebagai manusia.
Tetapi....saya bukannya nak cakap tentang hati. Saya nak cakap sesuatu yang lebih 'advance' iaitu HATI MATI.
Setiap orang ada perspektif masing-masing tentang hati mati ni kan? Well, saya pon...
Secara peribadi, saya rasa hati mati ni merupakan satu masalah yang sangat besar. Kalau hati mati, maksudnya nilai kemanusiaan dalam hati dia dah hilang. Dia boleh jadi seorang yang sagat kejam, takda belas kasihan...Orang mcm ni jugak susah nak dapat petunjuk dari Tuhan atau nasihat dari manusia. Ustaz perah pesan, kalau rasa susah nak terima hidayah atau rasa macam hati tak tenang walaupun dah buat kebaikan, minta Allah gantikan hati baru sebab mungkin hati kita dah mati!!

Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal :)


SYUHAIDARAWI

Wednesday, 18 November 2015

BERUBAH

Sebagai manusia, akan ada hari di mana kita berazam untuk mengubah diri kita, masa depan kita mahupn keluarga kita. Kita nak jadi lebih baik. Kita nak tinggalkan perkara-perkara lama. Kita ada matlamat dan tujuan hidup yang lebih jelas....
Persoalannya, bilakah hari tersebut akan tiba ?? Adakah apabila kita telah kehilangan segala-galanya yang berharga dalam hidup ? Atau apabila kita dimaki, dihamun atau dihina apabila serba kekurangan berbanding insan lain?
Jangan tunggu masa itu tiba, tetapi berubahlah sekarang, waktu ini, jam ini, minit ini, saat ini. Jangan pernah biarkan sesal hadir dalam hati walaupun untuk tempoh seketika. Biarlah hidup kita ni hanya dipenuhi dengan harapan dan semangat yang membara...
Jujur saya katakan, apabila sesal hadir dalam diri kita biarpun hanya untuk menumpang sesaat, itu bererti kita gagal menguruskan masa dengan sebaiknya..Namun, jangan pernag berputus harap. Sebagai mana janji Allah untuk menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari timur, Begitu juga kita boleh berubah selagi punya waktu, selagi roh di dalam jasad dan selagi anggota semuanya berfungsi.

hmmmm..tak tau nak tulis apa lagi...tiba-tiba rasa nak berpuitis.hihi. Ada bakat tak nak jadi penulis puisi???hehehe

#BakalPenulisPuisi
#DirikuPuitis

SYUHAIDARAWI

Tuesday, 17 November 2015

EMOSI

Assalamualaikum semua....
Tema blog kali ni boleh pilih tau..tikam atau emosi..tapi saya pilih emosi sebab lebih rapat denngan diri saya sebagai perempuan..hihi cliche sangat...huhu
Dalam diri kita sebagai manusia pasti ada bermacam-macam emosi dan perasaan. Tidak kiralah sama ada positif mahupun negatif. Tipulah kalau ada satu emosi je. Segagah mana atau se'poyo' mana pun seseorang tu, pasti dia pernah rasa sedih, marah atau sayang akan sesuatu. Cuma semua tu terpulang pada mereka sama ada mahu tonjolkan perasaan itu atau tidak.
Kebiasaannya, orang yang jarang tunjukkan kasih sayag dia pada kitalah orang yang paling sayangkan kita. Cuma dia ego untuk mengakui..hihi.

Emosi dan wanita saling dikaitkan. Betul tak? especially time seseorang wanita itu datang haid. Mereka pasti dikaitkan dengan perubahan hormon yang menyebabkan emos bercampur-baur dan tidak stabil. Well, mengikut teori Sains, semua itu memang benar. Namun, saya percaya bahawa emosi tu hak kita. Kita yang tentukan apa emosi yang kita nak. Tak kisahlah kita datang bulan ke tak... Okay???


#pengalamansendiri
#behappy

SYUHAIDARAWI

Saturday, 14 November 2015

CEMAS

Ha!! Menarik tak tajuk ni ? ? Anda cemas ? Rasa berdebar ?
Saya ada cerita nak kongsi ni. Pasal detik-detik cemas nak balik kampung.
Hari tu 6/7.Yeayyyy!!!nak balik kampung…dah lah ponteng kelas sebab tiket cuma ada pagi tu je untuk hari jumaat.huhu. Maaf prof sebab ponteng kelas ..
Bas saya pukul 9 naik kat Hentian Kajang.Saya tunggu RapidKL kat Bus Stop KUO.Tunggu punya tunggu, dah pukul 9.Saya hairanlah kenapa rapidKl taklalu.Rupa-rupanya salah tempat menunggu! Sepatutnya saya tunggu kat Bus Stop KIY…huhu.Saya dah nak naik bilik dah sebab dah putus asa.Tiba-tiba, sepupu saya call.Saya sepatutnya balik dengan dia. Dia dah hubungi teksi untuk hantar saya ke hentian kajang memandangkan  bas dah terlepas. Naik je teksi, saya terus suruh pak cik tu pecut…Pak cik tu terkejut bila saya cakap bas pukul 9…hahaha.Sampai di Hentian Kajang, bas dah bertolak. Saya kejar tapi tak sempat..nasib baik pak cik teksi yang baik hati tadi nampak saya. Dia suruh saya naik teksinya.Lepas tu sepupu saya call..pak cik teksi tu pun bercakap dengan pemandu bas. Nasib baik jalan jam.Hahaha. Sempat kejar bas.Teksi diberhentikan di sebelah bas.Pastu, saya turun dan naik bas…Fuhhhh!!! Sempat…Alhamdulillah. Pengalaman pertama naik bas yang mencemaskan….hahaha.bersyukur sangat ada pak cik baik hati tu..


#tqPakCikTeksi
#sisDahSerik



SYUHAIDARAWI


CUTI

Assalamualaikum uollssss..
Tup tap tup tap…dah pertengahan sem pun. Cepat betul masa berlalu, kan? Ujian mid sem tak habis lagi..huhu. Tinggal statistik je lagi. 21 nov nanti..berdebar. Saya nakbelajarbersungguh-sungguh supaya nanti tak ulangi kesilapan yang sama masa ujian perakaunan dan makroekonomi…
Well, nothing special masa cuti ni selain jumpa family..Jassignment pun ada.huhu. biasalah ,nama pun belajar..tak tau nak tulis apa pasal cuti sebab kebanyakan masa dihabiskan kat umah je..yelah, kita je yang cuti, tapi adik-adik sekolah. Abang, mak, ayah pulak kerja.huhu.Kebosanan di rumah.Takpelah..asal dapat duduk umah.hihi. Balik UKM nanti banyak kerja kena buat.Itulah, siapa suruh bertangguh..kan padan muka…uwekkk...
Masa cuti baru-baru ni pergi melawat adik kat asrama..maklumlah, tengah SPM. Hari tu mak masak nasi ayam..nyam nyam..bukan mudah tau!! Jarang dapat makan nasi ayam mak sebab mak sibuk.Lagipun masa cuti hari tu, semua orang ada..complete!!! kecuali acik sebab dia tengah SPM. Itu pasallah pergi melawat dia kat asrama..bawak nasi ayamsekali..sambil-sambil tu, bagi nasihat sikit. Makumlah, saya dah lepas SPM..hihi. Masa nilah nak tunjuk `power’…hihihi
Sekian

#goAchik!!!
#CutiDhNakAbih



SYUHAIDARAWI




LAST MINUTE

Last minute ni memang sinonim dengan sesetengah individu. Termasuk saya.Walaupun saya dah beberapa kali dapat kesan buruk akibat perbuatan last minute ni, namun saya tak pernah belajar dari kesilapan. Masih ulangi kesalahan yang sama. Kebanyakan orang yang menyempurnakan tugas last minute ni adalah orang yang tidak tahu menguruskan masa dengan bijak. Itu pun saya. Padahal, Kak Jannah selalu ingatkan..`masa ni takcukup pun untuk kita sebagai manusia,jadi, kalau ada masa terluang …itu bererti banyak lagi perkara yang belum kita laksanakan’. Memang betul pun.Saya sering kali lalai dalam menguruskan masa.
Nak berjaya, dapat 4.0, kenalah pandai urus kan masa belajar dan aktiviti lain. Jangan sibuk dengan perkara yang tidakberfaedah..AIDA. Semoga sis tabah…huhuhu


#menyesal
#takNakBuangMasaLagi
#MohonSisTabah



SYUHAIDARAWI



NAFSU

Assalamualaikum semua..:) apakhabar? 
Tajuk kali ni mencabar sikit sebab tak tahu nak tulis apa…`NAFSU’ ..Apatu???
Well, saya pun takdelah nak rungkai maksud nafsu..Cuma saya nak cakap pasal nafsu-nafsu yang popular dalam kalangan pelajar universiti..hihi. Termasuk sayalah sebagai mahasiswa UKM…
Bagi saya, ada dua nafsu je yang paling kuat masa tengah belajar ni iaitu nafsu makan dan nafsu tidur. Meh saya cerita sikit pasal kedua-dua nafsu ni….


Nafsu makan
            
Nafsu ni paling kuat dalam diri saya..hihihi. Kalau boleh, setiap masa nak mengunyah something.Tak kisahlah keropok ke, jajan ke…asalkan mulut ni bergerak..nyum nyum.. pastu dalam bilik mesti ada bekalan makanan. Kadang-kadang roti, biskut dan lain-lain.Yelah, nanti tengah malam tiba-tiba lapar.Padahal, siang tadi dah melantak nasi.Nasib baiklah pergi kuliah jalan kaki je. Maintain badan.hihi.


            Nafsutidur

Inilah masalah paling besar.Nafsu tidur.Tak kisahlah dalam bilik ke, library ke, kuliahke. Asal belajar, mengantuk.Astaghfirullahalazim..inilah janji syaitan nak menyesatkan umat nabi Adam.
Sekian.Saya harap sangat dapat kawal kedua-dua nafsu ni lepas ni. Saya nak berjaya. Belajar kerana Allah..


#4rata
#kawalnafsu



SYUHAIDARAWI




Monday, 2 November 2015

HAKTUIIIIIIII

Hmmmm..misteri tak tajuk tu?? Haktuiiiii !!
Selama dua minggu ni, saya balik lambat sebab haktuiiii tu lah. Tapi takpe. Saya terima dan saya tak pernah rasa terpaksa sertai haaktuiii tu. (sikit lah).hihihi. Bila kita buat apa yang kita suka, rasa penat terus hilang kan? Kita hanya akan menikmati keletihan tu seolah-olah seorang petani yang letih duk sawah tapi happy. Sebab apa? Sebab dia sedar yang tak lama lagi dia dapat tuai hasil padinya. Macam tu juga saya. Sekurang-kurangnya, dengan menyertai haktuiiii ni, saya dapat tambah kawan. Kami jadi saling memahami karakter masing-masing tidak ubah seperti sebuah keluarga. Mana tidaknya, setiap malam praktis sampai pukul 1-2 pagi. Hahaha. Kalau yang baca ni, mesti tertanya-tanya kan, apa haktuiiii tu ?..RAHSIA...

Hahaha. sebenarnya haktuiiii tu tajuk teater untuk ICAF nanti. nak tau cerita pasal apa? Datanglah tengok rabu petang, 4 Nov jam 2.30 petang. Datang ramai-ramai ke panggung seni UKM. Jangan risau, tiada bayaran akan dikenakan. Masuk adalah percuma!!

#teaterICAF
#KUO

Makanan

Nyam..nyam....
assalamualaikum semua....
Kali ni nak cakap pasal makanan..
Nak mula dari mana ya??
Sepanjang hampir 14 minggu di UKM ni, saya dah dapat track beberapa makanan sedap kat sini. Bukan saja sedap, tetapi murah! Berbaloi sangat dengan harganya..
Pertama sekali nak cerita tentang makanan kat KUO..haha. Promote kafe kolej :)..apa yang saya nak kongsi ialah tentang nasi ayam, nasi lemak dan nasi ayam penyet kat kafe KUO...pertama kali saya beli nasi ayam dia..fuuuhhh...sedaaap...harganya RM4. Kalau makan nasi ayam tu waktu tengah hari, comfirm saya dah tak turun makan malam dah...hahaha..baaaanyaaaakkk sangat!! (kalau orang lain saya tak tahulah..) hihi. Kebanyakan kawan-kawan saya memang tak habis makan. Bukan setakat nasi yag banyak, ayam pun besar-besar. Belum sos dengan kicap yang melimpah lagi...
Baru nasi ayam. Saya perna jugak cuba nasi lemak. Harga sama. Banyak jugak ! Ade nasi yang banyak, telur mata kerbau goreng, telur rebus, kacang, ikan bilis, sambal banyak, ayam pun ade!! ayam tu optional lah. Kalau tak ada ayam, murah lagi. Nasi ayam penyet KUO belum cuba lagi sebab dah jatuh cinta dengan nasi ayam penyet kiosk.hahahaha.

Jadi, apa lagi..datanglah ramai-ramai serang kafe KUO. hahaha. Pasal masa, saya tak pasti..maaf. tak habis lagi kajian..kahkahkah
p/s : imej tu bakan gambar sebenar, gambar Google je.. :)





SYUHAIDARAWI

Sunday, 25 October 2015

Bola Sepak

Bola sepak????hmm.. langsung tak minat..huhuhu. Kalau musim bola sepak, mesti tidur awal kat rumah..mana tidaknya..ayah ngan adik lelaki dah terpacak depan tv selesai solat isyak sebab nak tengok bola katanya..huhu. melepas drama melayu I. saya, mak, adik perempuan terpaksalah mengalah..Yelah..selama ni kami je yang asyik conquer tv. kali ni bagi 'chance' kat diorang lah..huhu. walaupun hati rasa berat. inilah yang dipanggil tolak ansur dalam kehidupan berkeluarga  :) saya sayang keluarga saya !! semua orang pun sayang keluarga msing-masing kan?

ha!sebenarnya bukan nak cerita pasal benda tuh..saya baru balik dari stadium UKM sebenarnya..tengok bola sepak akhir untuk SUKEM.hahahaha. mentang-mentnglah kolej saya, KUO lawan.hihihihi.bangga lar jugak.tapi tak sempat tengok diorang jaringkan gol.datang lambat..dahlah tak boleh preview.first time tengok perlawanan bola kat stadium..not bad lah..seronok jugak.hihihi.tengah syok tengok tu, tiba-tiba hujan..Alhamdulillah..hujan itu rahmat..kurangkan jerebu :)
Perlawanan pun ditangguhkan sebab hujan lebat sangat berserta kilat dan guruh.bahaya jugak..
tunggu punya tunggu..hujan tak reda pun..akhirnya, KUO dinobatkan sebagai juara..alhamdulillah..

hmm..tadi kata tak minat kan?entahlah..seronok je sebenarnya.mungkin saya terlalu stereotyping yang bolasepak dan wanita..jauh terpisah.hahaha.okay lah, dah nak tidur. tunggu tajuk minggu depan pulak dari Sir azwan.
assalamualaikum...

#KUOhebat
#sayanaktido

SYUHAIDARAWI

Sesal

assalamualaikum....
Sesal..pandai betul Sir azwan pilih tajuk berdasarkan isu semasa.hahaha. Nak tau tak apa isunya?
Isunya ialah 'Lab Test'..Nak tau apa kaitannya?
Kaitannya ialah saya sendiri SESAL sebab masa Sir duk ngajar kat depan..hati ni tak tergerak pun nak tulis nota. Haha. Bajet...yelah, masa Sir tulis tu rasa macam 'alah...senang sangat ni..Bila hari Lab Test...AMBIKKK KAUUU!!! PADAN MUKA SENDIRI!!! hahaha. Kita ni kan manusia..memang ciri-cirinya mudah lupa..sebaik-baiknya salin lah setiap apa yang sir ajar tu...(pengajaran untuk diri sendiri)..Hatta Imam alGhazali pun salin nota guna air liur..apatah lagi kita yang jauh lebih kurang cerdik daripada dia ni....(batang hidung sendiri) ..
Well..nasib baik sehari sebelum lab test tu ada buat ulang kaji sikit. Alhamdulillah Allah tolong..rasa macam boleh buat..tapi hasilnya tawakkal jelah..

Well, people make mistake. So do I..yang penting, saya dapat satu pengajaran berharga. mulai hari ni, make sure catat semua ilmu yang disampaikan. Tak kisahlah ilmu duniawi atau ukhrawi...


#ohmyEnglish
#ohmyLabTest








SYUHAIDARAWI

Tuesday, 20 October 2015

selamat malam

Tak tido lagi . aku ingat semua dah tido . tengah kunyah kerepek . baru balik sepet . sepet tu teater .
emm . sedapnya kunyah kerepek . nak ?

Tengah bincang pasal labtest esok . kelas lain dah buat . ngapngap .

Risau . ngantok . lapaaaaaaaar . bosan . takut . sebab labtest esok .

Lapar tersangat . mkan kerepek ashra . ashra ni rumet , baik orangnya , pemurah orngnya .ada ada jela *senyumnampakgigi*

minum air . dahaga . sedapnyaaaa . ashra tak buat keje harini . tapi tadi die duduk jugak atas meja belaja tadi . kelakaa laaaa . ish

ashra nak tetido dah . tinggal keseorangan . *gulp!* Alhamdulillah . baru sendawaa ngehngeh . penatnyaaaaa . nanti setiap malam ada latihan . phone takde bateri .charge kat tempat ashra . sebab tempat sendiri penuh .

akhir kata goodnite . tidorlh dengan lena . mimpi indah . esok akan mengharungi detik detik indah hari yang bahagia ! okeh cukuplah tu

Monday, 19 October 2015

BEBAN

Assalamualaikum...
hmmmm..rasa macam dah lama tak tulis blog. Tajuk bagi tema blog minggu ni adalah beban. saya mulakan penulisan dengan 2 ayat alQuran yang bagi saya adalah pujukan daripada Allah terhadap hamba-hamba yang disayanginya.

Sama ada kita sedari atau tidak..kita sering kali rasa terbeban dengan urusan duniawi. sebagai pelajar, kita rasa 'assignment' yang banyak itu sebagai satu beban yang amat berat untuk dipikul. Begitu juga kita sebagai anak, isteri, suami dan sebagainya. Masing- masing merasakan bahawa beban merekalah yang paling berat.

Padahal, pernah tak kita berfikir bahawa beban yang Allah timpakan ke atas kita ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang menghadapi pelbagai ujian sepanjang perjalanan hidup baginda dalam menyampaikan dakwah. Tapi, adakah Rasulullah pernah mengeluh atau mengadu letih kepada Allah? Tidakkkkk!!!
Bahkan Rasulullah menyempurnakan dakwahnya dengan sabar dan bersyukur.
Jadi, marilah kita jadikan Rasulullah sebagai ikutan sepanjang zaman. Jangan pernah rasa terbeban dengan ujian duniawi, tetapi hadapilah dengn sabar dan syukur.

Jika diri tersa lemah saat ditimpakan beban yang berat, ingatlah pujukan Allah dalam surah asy-syarh ayat 5-6. Yakinlah pada-Nya kerana Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui :)


SYUHAIDARAWI

Tuesday, 13 October 2015

Bakat Terpendam

Assalamualaikum..
Semoga hari kita berada dalam rahmat Allah. Semoga langkah kita diiringi redha Allah. Semoga tutur bicara kita disukai Allah.

Well, bakat terpendam. Semua orang adalah sama kerana masing-masing mmpunyai bakat tersendiri. Tiada orang yang kurang mahupun lebih. Allah kan Maha Adil. Cuma,yang membezakan mereka ialah adakah bakat tersebut digilap ataupun dibiarkan berkarat.
Jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebagai manusia yang lemah, kita seharusnya berusaha untuk menjadi kuat. Untuk jadi kuat, kita tak perlu pergi gim setiap hari atau belajar angkat berat. Percaya atau tidak, kita sebenarnya boleh jadi kuat dengan memperbaiki diri dari sudut keyakinan, keberanian bercakap di hadapan umum dan sebagainya. Dari bakat inilah kita akan memperoleh pakej ini.


SYUHAIDARAWI

Wednesday, 7 October 2015

10.10

Hmmmmmm...10.10???
Ada apa dengan 10.10?
Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih
tertanya-tanya apakah takdir saya pada 10/10.

Adakah pada tarikh ini Allah masih pinjamkan saya nyawa?
Adakah pada tarikh ini saya masih boleh bergerak bebas?
Adakah pada tarikh ini berlaku sesuatu yang mengubah hidup saya selamanya?

Saya sendiri tertanya-tanya. Namun, siapalah saya untuk menyoal soal takdir yang telah tertulis cantik di Luh mahfuz oleh Allah S.W.T.
Sebagai hamba, saya hanya boleh berdoa agar takdir itu adalah yang terbaik untuk saya.
Sebagai hamba, saya hanya boleh membuat persediaan untuk berjumpa-Nya kerana kematian itu pasti bagi setiap manusia.
Allah tidak melihat bagaimana kita dilahirkan di permulaan.
Allah tidak melihat bagaimana kita hidup di pertengahan.
Tapi,
Allah melihat bagaimana kita diambil untuk berjumpa dengan-Nya iaitu pada akhirnya. Adakah kita pergi dalam keadan beriman atau sebaliknya.....


Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan kita semua bahawa Allah berhak mengambil nyawa kita bila-bila masa. jadi sentiasalah bersedia. Mudah-mudahan kalimah Lailahaillallah akan terucap di bibir tatkala izrail mencabut nyawa....


10/10....Takdir yang telah tertulis namun belum dibongkar..


SYUHAIDARAWI

Sunday, 4 October 2015

'LONERANGER'

Loneranger
Lonelyranger









Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak cerita pengalaman sebagai seorang 'lonelyranger'. Bukan 'Loneranger'..hahahaha. Saya sebenarnya seorang yang tidak suka bersendirian sebab rasa macam takde 'life', Rasa macam budak skema yang kerjanya belajar 24 jam. Sejujurnya, itulah persepsi saya terhadap orang-orang yang suka makan sendirian, jalan sendirian dan pergi kelas sendirian. Inilah yang dipanggil 'stereotyping' yang mana tidak bagus untuk diamalkan.

Well, Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. Disebabkan sikap saya yang suka 'stereotype' ni, Allah bagi saya merasa hidup sendirian. Kawan-kawan yang sepatutnya sentiasa sekelas dengan saya tiba-tiba ditukar set secara automatik oleh sistem. Dari situ, bermulalah riwayat saya sebagai 'Lonelyranger'. Huhuhu.

Well, untuk kali pertama, being a 'lonelyranger' is not that bad. Saya masih boleh menikmati hari-hari saya dengan ceria. Saya sudah tidak kisah jika perlu makan sendirian di sebuah meja atau jalan-jalan sendirian sambil buat 'window shopping'.

Dari pengalaman ini, 'mindset' saya berkaitan 'lonelyranger' terus berubah. A lonelyranger has their own brighter side...


SYUHAIDARAWI

MENTOR

Hmmmm..minggu ni Sir Azwan bagi tajuk 'Mentor'. Well, saya pun tak tahu nak tulis apa pasal mentor sebab tiada pun mentor yang ajar saya mengenai mentor. Hahaha...pening sikit. Sebab itulah penting mempunyai mentor ni. Bagi saya, mentor merupakan seseorang yang boleh membimbing orang lain. Tidak kira membimbing ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Ada orang menjadikan senior sebagai mentornya dalam melakukan perkara yang tidak baik seperti ponteng kelas, merokok dan sebagainya. Namun, ada juga indivdu menjadikan senior sebagai mentor untuk membantunya dalam memahami subjek-subjek pelajaran tertentu. Semuanya bergantung kepada individu berkenaan kerana pilihan di tangan mereka dan merekalah yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka. :)


Sepanjang 19 tahun Allah membenarkan saya hidup, saya diberi peluang untuk mampunyai mentor bahkan menjadi seorang mentor. Ia bukanlah sesuatu yang perlu saya banggakan kerana menjadi seorang mentor merupakan tugas yang besar dan berat untuk dipikul. Segala tindak-tanduk kita sebagai mentor akan dinilai oleh mentee. Kita juga perlu lebih 'advance' berbanding mentee kerana kita merupakan tempat rujukan mereka setiap kali terdapat kemusykilan dalam fikiran mereka.


Well, pengalaman mentor-mentee ni juga bakal saya rasai di UKM. Mentor saya ialah Dr Azlina Ahmad. 6 oktober merupakan pertemuan pertama kami dan saya harap bukan yang terakhir :)
Saya akan berusaha menjadi seorang mentee yang baik..In Shaa Allah...



















SYUHAIDARAWI

Sunday, 27 September 2015

PILIHAN

Setiap manusia telah dikurniakan akal oleh Allah untuk mereka membuat pilihan. Baik atau buruk, lurus atau bengkok, betul atau salah. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pilihan yang betul dan tepat?

Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti dengan setiap pilihan yang saya buat dalam hidup saya. Sama ada betul mahupun salah. Yang pasti, saya redha dan bersyukur atas segala takdir yang telah tertulis untuk saya. Saya yakin bahawa jika saya tidak memperoleh sesuatu yang saya pilih, bermakna Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Kita selalu dengar bahawa kita merancang, Allah pun merancang. Tetapi perancangan Allah jauh lebih baik.

Berbekalkan kata-kata ini, saya dapat melalui setiap detik kehidupan dengan gembira dan sentiasa bersyukur atas setiap pilihan yang dibuat mahupun terpaksa dibuat.




SYUHAIDARAWI

OBSES

Obses sering dikaitkan dengan fanatik dan sikap yang melampau-lampau terhadap sesuatu. Sesetengah orang menganggap obses sebagai satu sikap yang buruk dan boleh membawa bencana kepada seseorang individu.Tetapi tidak pada pandangan saya. Saya lebih suka menilai obses dari sudut yang positif.Cuba anda bayangkan, kalau seseorang terlalu obses dengan ilmu, pasti dia akan menjadi seorang cendekiawan kelak. Bukankah ini merupakan satu obses yang bagus? Begitu juga kalau seseorang itu terlalu obses dengan sukan. Tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan menjadi atlet terkenal yang akan mengharumkan nama negara di mata dunia.Oleh itu, jangan pernah menilai sesuatu berdasarkan peratus kecenderungannya. Sebaliknya, nilai sesuatu perkara secara adil iaitu dengan mengambilkira kedua-dua aspek positif dan negatif. Cara anda berfikir menentukan keperbadian dan buatlah keputusan yang bijak. Jangan terlalu obses untuk me'negatifkan' sesuatu.








SYUHAIDARAWI