Friday, 4 December 2015

NS

N - Nilai
S - Sayang
Nilai sayang...Setiap orang ada ukuran sayang yang tersendiri terhadap sesuatu. Sayang pada makhluk macam mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan, pensyarah dan lain-lain. Tak lupa juga sayang pada benda seperti gajet, kereta dan sebagainya. Apa yang membezakan kita adalah indikator yang digunakan untuk menilai sayang itu. Ada orang, sayang itu cukuplah sekadar ucapan tanpa pembuktian dan ada juga orang yang sebaliknya. 
Saya pun tidak terkecuali. Bagi saya, sayang memerlukan pengorbanan. Sebab apa ?? Kerana saya yakin sayang itu bukannya bermaksud kita ingin bersama dengan seseorang serta memilikinya. Sayang itu lebih daripada itu apabila kita boleh korbankan perasaan semata - mata kebahagiaan orang yang disayangi. Begitulah besarnya nilai sayang pada mata saya.
Contohnya, seorang emak sanggup berpisah dengan anak yang dibesarkannya semata-mata untuk pelajarannya agar dia mempunyai masa depan yang cerah pada masa depan. Ituah nilai sayang yang perlukan pengorbanan yang amat besar. Ibu mana yang tidak sedih jika selama ini anak itu dekat dengannya, dikandungnya sembilan bulan, disusuinya tiga tahun..tiba-tiba terpaksa pergi jauh daripadanya...huhuhu. 
kerana nilai sayanglah berlaku pengorbanan besar ini. Percayalah...

#sayasayangmak
#rindumak
#berkorbandemisayang


SYUHAIDARAWI

No comments:

Post a Comment