Akhirnya, sesi pembelajaran semester pertama dah tamat..
Aku kini perlu berusaha mengulang kaji pelajaran demi menghadapi peperiksaan.
Akanku cuba buang segala rasa malas demi aku mendapatkan keputusan cemerlang.
Ya! itu janjiku.
Biarpun terdapat sedikit rasa iri hati terhadap kawan-kawan yang pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ketika minggu ulang kaji, namun aku tidak akan bersedih.
Biar tidak pulang sekarang, tetapi akanku pulang nanti dengan sehelai kertas keputusan cemerlang buat emak dan ayah yang dirindui.
Sabar mak, sabar ayah.
Doakan angah kuat.
Biar angah berusaha.
Usaha yang diredhai dan diberkati Ilahi.
Supaya kejayaan nanti bukan sahaja menggembiraka mak dan ayah, tetapi juga mendekatkan angah dengan Allah.
No comments:
Post a Comment