hmm..semalam baru habis kelas akhir bagi subjek aplikasi komputer di bawah bimbingan Sir Azwan. Bukannya kelas, ia lebih kepada pertemuan untuk melaksanakan pembentangan slaid dan video. Namun saya anggap ia sebagai kelas akhir. Perasaan bercampur-baur. Ada sedih, gembira, lega, penat dan lain-lain. Hahaha. Lega sebab kami telah berjaya melaksanakan tugas yang diberi. Takdelah berjaya sangat, tetapi kami yang rasa macam berjaya. Sebab kami telah mencurahkan sepenuh tenaga ke atas video tu. Hahahaha. Tetapi, kecewa juga sebab hasilnya tidak mencapai piawaian dan jangkaan Sir azzwan..huhuhu. Minta maaf sir kerna tidak berjaya membuatkan sir kagum dan bangga dengan kami. Terima kasih kerana percayakan kami dengan memberi 'expectation' yang tinggi terhadap kerja kami. semoga segala nasihat yag sir berikan dapat kami gunakan untuk memperbaiki diri pada masa hadapan. Amiiin.
terima kasih atas segalanya, Sir Azzwan. Minta maaf atas segala khilaf daripada saya dan rakan-rakan. Mohon restui kami dalam perjalanan yang seterusnya....:)
No comments:
Post a Comment