SYUHAIDARAWI
Thursday, 10 December 2015
Xtreme C
Hmmm. ExtremeC ni merupakan salah satu kelab kecil di bawah Kolej Ungku Omar. Saya merupakan salah seorang ahlinya. So, pada minggu lepas kelab ni buat aktiviti perkhemahan sebagai satu pengenalan ahli-ahli baru dan untuk merapatkan jurang antara junior dan senior. Seronok sangat! semua orang sporting habis..terasa macam satu keluarga yang besar. Saya dah mula sayang kelab ni walaupun tak sampai dua hari kami bersama. Macam-macam aktiviti kami lakukan dari yang simple hinggalah aktiviti lasak. Yang paling best time nak masak. Dalam kelab ni, kami telah dipecahkan mengikut 'siblings'. Masa tu, 'sibling' saya ialah Aqilah, Ilani, Kak Husna, Kak Cheeqon, Kak Nana, Azli, Iffah, Abang Pali, Abang Areep dan Abang Amy. Semuanya tengah belajar lagi. Ada yang tengah sambung master, jadi felo KUO. Walaupun hujan lebat sehingga khemah bocor dan pakaian basah, namun kami tetap meneruskan perkhemahan. Malam tu, kami tidur di bawah astaka. Lupa nak beritahu, kami sebenarnya berkhemah di Gunung Angsi Negeri Sembilan..Hihihi. Jangan risau, semua terjaga. Tiada campur lelaki perempuan. heee.Yang paling best, masa hari terakhir, kami makan nasi ambeng. Nasi gaul sardin dan telur. mula-mula waswas juga nak makan sebab campur sekali kan..tapi sebab lapar, layan jelah. Hahahaha.
Labels:
bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment