Akhirnya, sesi pembelajaran semester pertama dah tamat..
Aku kini perlu berusaha mengulang kaji pelajaran demi menghadapi peperiksaan.
Akanku cuba buang segala rasa malas demi aku mendapatkan keputusan cemerlang.
Ya! itu janjiku.
Biarpun terdapat sedikit rasa iri hati terhadap kawan-kawan yang pulang ke rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ketika minggu ulang kaji, namun aku tidak akan bersedih.
Biar tidak pulang sekarang, tetapi akanku pulang nanti dengan sehelai kertas keputusan cemerlang buat emak dan ayah yang dirindui.
Sabar mak, sabar ayah.
Doakan angah kuat.
Biar angah berusaha.
Usaha yang diredhai dan diberkati Ilahi.
Supaya kejayaan nanti bukan sahaja menggembiraka mak dan ayah, tetapi juga mendekatkan angah dengan Allah.
Showing posts with label Tema. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015
Thursday, 10 December 2015
Prolog
Aku membuka mata.
Hari ini ialah permulaan yang baru bagiku.
Aku ingin berubah. Ya! Aku ingin berubah.
Setiap denyutan nadiku kini hanyalah untuk Allah. Apa yang aku lakukan semata - mata untuk mencari keredhaan-Nya. Biarlah perkataan yang keluar dari lidahku ini semata-mata untuk mengajak manusia mencintai - Nya, yakin pada - Nya dan taat pada setiap suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ya, itu janjiku! Namun, sebagai manusia aku sering dilalaikan dengan perkara duniawi yang sifatnya sementara dan sia-sia. Aku leka dengan keseronokan sementara. Aku terlena dalam mimpi indah yang bakal dikejutkan bila-bila masa. Namu, in bukannya alasan untuk aku membiarkan diriku hanyut dalam dosa. Aku tetap akan berubah. Akanku kuatkan langkah ini di jalan tarbiah agar apabila aku tergelincir, akan ada sesuatu yang boleh dijadikan tempat berpautku. Ya! Aku nekad kini. Aku yang menentukan langkahku. Biar aku yang tentukan!.
SYUHAIDARAWI
Friday, 4 December 2015
NS
N - Nilai
S - Sayang
Nilai sayang...Setiap orang ada ukuran sayang yang tersendiri terhadap sesuatu. Sayang pada makhluk macam mak, ayah, adik-beradik, kawan-kawan, pensyarah dan lain-lain. Tak lupa juga sayang pada benda seperti gajet, kereta dan sebagainya. Apa yang membezakan kita adalah indikator yang digunakan untuk menilai sayang itu. Ada orang, sayang itu cukuplah sekadar ucapan tanpa pembuktian dan ada juga orang yang sebaliknya.
Saya pun tidak terkecuali. Bagi saya, sayang memerlukan pengorbanan. Sebab apa ?? Kerana saya yakin sayang itu bukannya bermaksud kita ingin bersama dengan seseorang serta memilikinya. Sayang itu lebih daripada itu apabila kita boleh korbankan perasaan semata - mata kebahagiaan orang yang disayangi. Begitulah besarnya nilai sayang pada mata saya.
Contohnya, seorang emak sanggup berpisah dengan anak yang dibesarkannya semata-mata untuk pelajarannya agar dia mempunyai masa depan yang cerah pada masa depan. Ituah nilai sayang yang perlukan pengorbanan yang amat besar. Ibu mana yang tidak sedih jika selama ini anak itu dekat dengannya, dikandungnya sembilan bulan, disusuinya tiga tahun..tiba-tiba terpaksa pergi jauh daripadanya...huhuhu.
kerana nilai sayanglah berlaku pengorbanan besar ini. Percayalah...
#sayasayangmak
#rindumak
#berkorbandemisayang
SYUHAIDARAWI
Monday, 30 November 2015
Hati Mati
Hati Mati ???
kita selalu dengar orang-orang sebut, 'ini soal hati', 'tapi hati aku baik' dan macam-macam lagi soal hati...
Namun, apa yang kita faha tentang hati??
Rasulullah ada bersabda, mafhumya..dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggotanya dan sebaliknya. Daging yang baginda maksudkan tu ialah hati. Dari hadis ini, kita dapat lihat betapa pentingnya peranan hati tu pada diri kita sebagai manusia.
Tetapi....saya bukannya nak cakap tentang hati. Saya nak cakap sesuatu yang lebih 'advance' iaitu HATI MATI.
Setiap orang ada perspektif masing-masing tentang hati mati ni kan? Well, saya pon...
Secara peribadi, saya rasa hati mati ni merupakan satu masalah yang sangat besar. Kalau hati mati, maksudnya nilai kemanusiaan dalam hati dia dah hilang. Dia boleh jadi seorang yang sagat kejam, takda belas kasihan...Orang mcm ni jugak susah nak dapat petunjuk dari Tuhan atau nasihat dari manusia. Ustaz perah pesan, kalau rasa susah nak terima hidayah atau rasa macam hati tak tenang walaupun dah buat kebaikan, minta Allah gantikan hati baru sebab mungkin hati kita dah mati!!
Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Tuesday, 17 November 2015
EMOSI
Assalamualaikum semua....
Tema blog kali ni boleh pilih tau..tikam atau emosi..tapi saya pilih emosi sebab lebih rapat denngan diri saya sebagai perempuan..hihi cliche sangat...huhu
Dalam diri kita sebagai manusia pasti ada bermacam-macam emosi dan perasaan. Tidak kiralah sama ada positif mahupun negatif. Tipulah kalau ada satu emosi je. Segagah mana atau se'poyo' mana pun seseorang tu, pasti dia pernah rasa sedih, marah atau sayang akan sesuatu. Cuma semua tu terpulang pada mereka sama ada mahu tonjolkan perasaan itu atau tidak.
Kebiasaannya, orang yang jarang tunjukkan kasih sayag dia pada kitalah orang yang paling sayangkan kita. Cuma dia ego untuk mengakui..hihi.
Emosi dan wanita saling dikaitkan. Betul tak? especially time seseorang wanita itu datang haid. Mereka pasti dikaitkan dengan perubahan hormon yang menyebabkan emos bercampur-baur dan tidak stabil. Well, mengikut teori Sains, semua itu memang benar. Namun, saya percaya bahawa emosi tu hak kita. Kita yang tentukan apa emosi yang kita nak. Tak kisahlah kita datang bulan ke tak... Okay???
#pengalamansendiri
#behappy

Saturday, 14 November 2015
CUTI
Assalamualaikum uollssss..
Tup tap tup tap…dah pertengahan sem pun.
Cepat betul masa berlalu, kan? Ujian mid sem tak habis lagi..huhu. Tinggal statistik je
lagi. 21 nov nanti..berdebar.
Saya nakbelajarbersungguh-sungguh supaya nanti tak ulangi kesilapan yang
sama masa ujian perakaunan dan makroekonomi…
Well, nothing special masa cuti ni selain jumpa
family..Jassignment pun ada.huhu. biasalah ,nama pun belajar..tak tau
nak tulis apa pasal cuti sebab kebanyakan masa dihabiskan kat umah je..yelah, kita je
yang cuti, tapi adik-adik sekolah. Abang, mak, ayah pulak kerja.huhu.Kebosanan di
rumah.Takpelah..asal dapat duduk umah.hihi. Balik UKM
nanti banyak kerja kena buat.Itulah, siapa suruh bertangguh..kan padan muka…uwekkk...
Masa cuti baru-baru ni pergi melawat adik kat asrama..maklumlah,
tengah SPM. Hari tu mak masak nasi ayam..nyam nyam..bukan mudah tau!!
Jarang dapat makan nasi ayam mak sebab mak sibuk.Lagipun masa cuti hari tu, semua orang
ada..complete!!! kecuali acik sebab dia tengah SPM. Itu pasallah pergi melawat dia kat asrama..bawak nasi ayamsekali..sambil-sambil tu,
bagi nasihat sikit. Makumlah, saya dah lepas SPM..hihi. Masa nilah nak tunjuk
`power’…hihihi
Sekian
…
#goAchik!!!
#CutiDhNakAbih
SYUHAIDARAWI
NAFSU
Assalamualaikum semua..:) apakhabar?
Tajuk kali
ni mencabar sikit sebab tak tahu nak tulis apa…`NAFSU’ ..Apatu???
Well, saya pun
takdelah nak rungkai maksud nafsu..Cuma saya nak cakap pasal nafsu-nafsu yang popular dalam kalangan pelajar universiti..hihi. Termasuk sayalah sebagai mahasiswa UKM…
Bagi saya, ada dua nafsu je yang paling
kuat masa tengah belajar ni iaitu nafsu makan dan nafsu tidur. Meh
saya cerita sikit pasal kedua-dua nafsu ni….
Nafsu makan
Nafsu ni paling
kuat dalam diri saya..hihihi. Kalau boleh, setiap masa nak mengunyah
something.Tak kisahlah keropok ke, jajan ke…asalkan mulut ni bergerak..nyum nyum.. pastu dalam bilik mesti ada bekalan makanan.
Kadang-kadang roti, biskut dan lain-lain.Yelah,
nanti tengah malam tiba-tiba lapar.Padahal, siang tadi dah
melantak nasi.Nasib baiklah pergi kuliah jalan kaki je. Maintain badan.hihi.
Nafsutidur
Inilah masalah paling
besar.Nafsu tidur.Tak kisahlah dalam bilik ke, library ke, kuliahke. Asal belajar,
mengantuk.Astaghfirullahalazim..inilah janji syaitan nak menyesatkan umat nabi Adam.
Sekian.Saya harap sangat dapat kawal kedua-dua nafsu ni lepas ni.
Saya nak berjaya. Belajar kerana Allah..
#4rata
#kawalnafsu
SYUHAIDARAWI
Monday, 2 November 2015
Makanan
Nyam..nyam....
assalamualaikum semua....
Kali ni nak cakap pasal makanan..
Nak mula dari mana ya??
Sepanjang hampir 14 minggu di UKM ni, saya dah dapat track beberapa makanan sedap kat sini. Bukan saja sedap, tetapi murah! Berbaloi sangat dengan harganya..
Pertama sekali nak cerita tentang makanan kat KUO..haha. Promote kafe kolej :)..apa yang saya nak kongsi ialah tentang nasi ayam, nasi lemak dan nasi ayam penyet kat kafe KUO...pertama kali saya beli nasi ayam dia..fuuuhhh...sedaaap...harganya RM4. Kalau makan nasi ayam tu waktu tengah hari, comfirm saya dah tak turun makan malam dah...hahaha..baaaanyaaaakkk sangat!! (kalau orang lain saya tak tahulah..) hihi. Kebanyakan kawan-kawan saya memang tak habis makan. Bukan setakat nasi yag banyak, ayam pun besar-besar. Belum sos dengan kicap yang melimpah lagi...
Baru nasi ayam. Saya perna jugak cuba nasi lemak. Harga sama. Banyak jugak ! Ade nasi yang banyak, telur mata kerbau goreng, telur rebus, kacang, ikan bilis, sambal banyak, ayam pun ade!! ayam tu optional lah. Kalau tak ada ayam, murah lagi. Nasi ayam penyet KUO belum cuba lagi sebab dah jatuh cinta dengan nasi ayam penyet kiosk.hahahaha.
Jadi, apa lagi..datanglah ramai-ramai serang kafe KUO. hahaha. Pasal masa, saya tak pasti..maaf. tak habis lagi kajian..kahkahkah
p/s : imej tu bakan gambar sebenar, gambar Google je.. :)

Sunday, 25 October 2015
Sesal
assalamualaikum....
Sesal..pandai betul Sir azwan pilih tajuk berdasarkan isu semasa.hahaha. Nak tau tak apa isunya?
Isunya ialah 'Lab Test'..Nak tau apa kaitannya?
Kaitannya ialah saya sendiri SESAL sebab masa Sir duk ngajar kat depan..hati ni tak tergerak pun nak tulis nota. Haha. Bajet...yelah, masa Sir tulis tu rasa macam 'alah...senang sangat ni..Bila hari Lab Test...AMBIKKK KAUUU!!! PADAN MUKA SENDIRI!!! hahaha. Kita ni kan manusia..memang ciri-cirinya mudah lupa..sebaik-baiknya salin lah setiap apa yang sir ajar tu...(pengajaran untuk diri sendiri)..Hatta Imam alGhazali pun salin nota guna air liur..apatah lagi kita yang jauh lebih kurang cerdik daripada dia ni....(batang hidung sendiri) ..
Well..nasib baik sehari sebelum lab test tu ada buat ulang kaji sikit. Alhamdulillah Allah tolong..rasa macam boleh buat..tapi hasilnya tawakkal jelah..
Well, people make mistake. So do I..yang penting, saya dapat satu pengajaran berharga. mulai hari ni, make sure catat semua ilmu yang disampaikan. Tak kisahlah ilmu duniawi atau ukhrawi...
#ohmyEnglish
#ohmyLabTest

#ohmyEnglish#ohmyLabTest
SYUHAIDARAWI
Monday, 19 October 2015
BEBAN
Assalamualaikum...
hmmmm..rasa macam dah lama tak tulis blog. Tajuk bagi tema blog minggu ni adalah beban. saya mulakan penulisan dengan 2 ayat alQuran yang bagi saya adalah pujukan daripada Allah terhadap hamba-hamba yang disayanginya.
Sama ada kita sedari atau tidak..kita sering kali rasa terbeban dengan urusan duniawi. sebagai pelajar, kita rasa 'assignment' yang banyak itu sebagai satu beban yang amat berat untuk dipikul. Begitu juga kita sebagai anak, isteri, suami dan sebagainya. Masing- masing merasakan bahawa beban merekalah yang paling berat.
Padahal, pernah tak kita berfikir bahawa beban yang Allah timpakan ke atas kita ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang menghadapi pelbagai ujian sepanjang perjalanan hidup baginda dalam menyampaikan dakwah. Tapi, adakah Rasulullah pernah mengeluh atau mengadu letih kepada Allah? Tidakkkkk!!!
Bahkan Rasulullah menyempurnakan dakwahnya dengan sabar dan bersyukur.
Jadi, marilah kita jadikan Rasulullah sebagai ikutan sepanjang zaman. Jangan pernah rasa terbeban dengan ujian duniawi, tetapi hadapilah dengn sabar dan syukur.
Jika diri tersa lemah saat ditimpakan beban yang berat, ingatlah pujukan Allah dalam surah asy-syarh ayat 5-6. Yakinlah pada-Nya kerana Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui :)

Wednesday, 7 October 2015
10.10
Hmmmmmm...10.10???
Ada apa dengan 10.10?
Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih
tertanya-tanya apakah takdir saya pada 10/10.
Adakah pada tarikh ini Allah masih pinjamkan saya nyawa?
Adakah pada tarikh ini saya masih boleh bergerak bebas?
Adakah pada tarikh ini berlaku sesuatu yang mengubah hidup saya selamanya?
Saya sendiri tertanya-tanya. Namun, siapalah saya untuk menyoal soal takdir yang telah tertulis cantik di Luh mahfuz oleh Allah S.W.T.
Sebagai hamba, saya hanya boleh berdoa agar takdir itu adalah yang terbaik untuk saya.
Sebagai hamba, saya hanya boleh membuat persediaan untuk berjumpa-Nya kerana kematian itu pasti bagi setiap manusia.
Allah tidak melihat bagaimana kita dilahirkan di permulaan.
Allah tidak melihat bagaimana kita hidup di pertengahan.
Tapi,
Allah melihat bagaimana kita diambil untuk berjumpa dengan-Nya iaitu pada akhirnya. Adakah kita pergi dalam keadan beriman atau sebaliknya.....
Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan kita semua bahawa Allah berhak mengambil nyawa kita bila-bila masa. jadi sentiasalah bersedia. Mudah-mudahan kalimah Lailahaillallah akan terucap di bibir tatkala izrail mencabut nyawa....
10/10....Takdir yang telah tertulis namun belum dibongkar..
SYUHAIDARAWI
Ada apa dengan 10.10?Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih

Sunday, 4 October 2015
MENTOR
Hmmmm..minggu ni Sir Azwan bagi tajuk 'Mentor'. Well, saya pun tak tahu nak tulis apa pasal mentor sebab tiada pun mentor yang ajar saya mengenai mentor. Hahaha...pening sikit. Sebab itulah penting mempunyai mentor ni. Bagi saya, mentor merupakan seseorang yang boleh membimbing orang lain. Tidak kira membimbing ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Ada orang menjadikan senior sebagai mentornya dalam melakukan perkara yang tidak baik seperti ponteng kelas, merokok dan sebagainya. Namun, ada juga indivdu menjadikan senior sebagai mentor untuk membantunya dalam memahami subjek-subjek pelajaran tertentu. Semuanya bergantung kepada individu berkenaan kerana pilihan di tangan mereka dan merekalah yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka. :)
Sepanjang 19 tahun Allah membenarkan saya hidup, saya diberi peluang untuk mampunyai mentor bahkan menjadi seorang mentor. Ia bukanlah sesuatu yang perlu saya banggakan kerana menjadi seorang mentor merupakan tugas yang besar dan berat untuk dipikul. Segala tindak-tanduk kita sebagai mentor akan dinilai oleh mentee. Kita juga perlu lebih 'advance' berbanding mentee kerana kita merupakan tempat rujukan mereka setiap kali terdapat kemusykilan dalam fikiran mereka.
Well, pengalaman mentor-mentee ni juga bakal saya rasai di UKM. Mentor saya ialah Dr Azlina Ahmad. 6 oktober merupakan pertemuan pertama kami dan saya harap bukan yang terakhir :)
Saya akan berusaha menjadi seorang mentee yang baik..In Shaa Allah...

Sunday, 27 September 2015
OBSES
Obses sering dikaitkan dengan fanatik dan sikap yang melampau-lampau terhadap sesuatu. Sesetengah orang menganggap obses sebagai satu sikap yang buruk dan boleh membawa bencana kepada seseorang individu.Tetapi tidak pada pandangan saya. Saya lebih suka menilai obses dari sudut yang positif.Cuba anda bayangkan, kalau seseorang terlalu obses dengan ilmu, pasti dia akan menjadi seorang cendekiawan kelak. Bukankah ini merupakan satu obses yang bagus? Begitu juga kalau seseorang itu terlalu obses dengan sukan. Tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan menjadi atlet terkenal yang akan mengharumkan nama negara di mata dunia.Oleh itu, jangan pernah menilai sesuatu berdasarkan peratus kecenderungannya. Sebaliknya, nilai sesuatu perkara secara adil iaitu dengan mengambilkira kedua-dua aspek positif dan negatif. Cara anda berfikir menentukan keperbadian dan buatlah keputusan yang bijak. Jangan terlalu obses untuk me'negatifkan' sesuatu.
SYUHAIDARAWI
SYUHAIDARAWI
Subscribe to:
Posts (Atom)