Sunday, 4 October 2015

MENTOR

Hmmmm..minggu ni Sir Azwan bagi tajuk 'Mentor'. Well, saya pun tak tahu nak tulis apa pasal mentor sebab tiada pun mentor yang ajar saya mengenai mentor. Hahaha...pening sikit. Sebab itulah penting mempunyai mentor ni. Bagi saya, mentor merupakan seseorang yang boleh membimbing orang lain. Tidak kira membimbing ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Ada orang menjadikan senior sebagai mentornya dalam melakukan perkara yang tidak baik seperti ponteng kelas, merokok dan sebagainya. Namun, ada juga indivdu menjadikan senior sebagai mentor untuk membantunya dalam memahami subjek-subjek pelajaran tertentu. Semuanya bergantung kepada individu berkenaan kerana pilihan di tangan mereka dan merekalah yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka. :)


Sepanjang 19 tahun Allah membenarkan saya hidup, saya diberi peluang untuk mampunyai mentor bahkan menjadi seorang mentor. Ia bukanlah sesuatu yang perlu saya banggakan kerana menjadi seorang mentor merupakan tugas yang besar dan berat untuk dipikul. Segala tindak-tanduk kita sebagai mentor akan dinilai oleh mentee. Kita juga perlu lebih 'advance' berbanding mentee kerana kita merupakan tempat rujukan mereka setiap kali terdapat kemusykilan dalam fikiran mereka.


Well, pengalaman mentor-mentee ni juga bakal saya rasai di UKM. Mentor saya ialah Dr Azlina Ahmad. 6 oktober merupakan pertemuan pertama kami dan saya harap bukan yang terakhir :)
Saya akan berusaha menjadi seorang mentee yang baik..In Shaa Allah...



















SYUHAIDARAWI

No comments:

Post a Comment