Assalamualaikum...
hmmmm..rasa macam dah lama tak tulis blog. Tajuk bagi tema blog minggu ni adalah beban. saya mulakan penulisan dengan 2 ayat alQuran yang bagi saya adalah pujukan daripada Allah terhadap hamba-hamba yang disayanginya.
Sama ada kita sedari atau tidak..kita sering kali rasa terbeban dengan urusan duniawi. sebagai pelajar, kita rasa 'assignment' yang banyak itu sebagai satu beban yang amat berat untuk dipikul. Begitu juga kita sebagai anak, isteri, suami dan sebagainya. Masing- masing merasakan bahawa beban merekalah yang paling berat.
Padahal, pernah tak kita berfikir bahawa beban yang Allah timpakan ke atas kita ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang menghadapi pelbagai ujian sepanjang perjalanan hidup baginda dalam menyampaikan dakwah. Tapi, adakah Rasulullah pernah mengeluh atau mengadu letih kepada Allah? Tidakkkkk!!!
Bahkan Rasulullah menyempurnakan dakwahnya dengan sabar dan bersyukur.
Jadi, marilah kita jadikan Rasulullah sebagai ikutan sepanjang zaman. Jangan pernah rasa terbeban dengan ujian duniawi, tetapi hadapilah dengn sabar dan syukur.
Jika diri tersa lemah saat ditimpakan beban yang berat, ingatlah pujukan Allah dalam surah asy-syarh ayat 5-6. Yakinlah pada-Nya kerana Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui :)
SYUHAIDARAWI

No comments:
Post a Comment