Ada apa dengan 10.10?Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih
tertanya-tanya apakah takdir saya pada 10/10.
Adakah pada tarikh ini Allah masih pinjamkan saya nyawa?
Adakah pada tarikh ini saya masih boleh bergerak bebas?
Adakah pada tarikh ini berlaku sesuatu yang mengubah hidup saya selamanya?
Saya sendiri tertanya-tanya. Namun, siapalah saya untuk menyoal soal takdir yang telah tertulis cantik di Luh mahfuz oleh Allah S.W.T.
Sebagai hamba, saya hanya boleh berdoa agar takdir itu adalah yang terbaik untuk saya.
Sebagai hamba, saya hanya boleh membuat persediaan untuk berjumpa-Nya kerana kematian itu pasti bagi setiap manusia.
Allah tidak melihat bagaimana kita dilahirkan di permulaan.
Allah tidak melihat bagaimana kita hidup di pertengahan.
Tapi,
Allah melihat bagaimana kita diambil untuk berjumpa dengan-Nya iaitu pada akhirnya. Adakah kita pergi dalam keadan beriman atau sebaliknya.....
Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan kita semua bahawa Allah berhak mengambil nyawa kita bila-bila masa. jadi sentiasalah bersedia. Mudah-mudahan kalimah Lailahaillallah akan terucap di bibir tatkala izrail mencabut nyawa....
10/10....Takdir yang telah tertulis namun belum dibongkar..
SYUHAIDARAWI
No comments:
Post a Comment