Monday, 2 November 2015

Makanan

Nyam..nyam....
assalamualaikum semua....
Kali ni nak cakap pasal makanan..
Nak mula dari mana ya??
Sepanjang hampir 14 minggu di UKM ni, saya dah dapat track beberapa makanan sedap kat sini. Bukan saja sedap, tetapi murah! Berbaloi sangat dengan harganya..
Pertama sekali nak cerita tentang makanan kat KUO..haha. Promote kafe kolej :)..apa yang saya nak kongsi ialah tentang nasi ayam, nasi lemak dan nasi ayam penyet kat kafe KUO...pertama kali saya beli nasi ayam dia..fuuuhhh...sedaaap...harganya RM4. Kalau makan nasi ayam tu waktu tengah hari, comfirm saya dah tak turun makan malam dah...hahaha..baaaanyaaaakkk sangat!! (kalau orang lain saya tak tahulah..) hihi. Kebanyakan kawan-kawan saya memang tak habis makan. Bukan setakat nasi yag banyak, ayam pun besar-besar. Belum sos dengan kicap yang melimpah lagi...
Baru nasi ayam. Saya perna jugak cuba nasi lemak. Harga sama. Banyak jugak ! Ade nasi yang banyak, telur mata kerbau goreng, telur rebus, kacang, ikan bilis, sambal banyak, ayam pun ade!! ayam tu optional lah. Kalau tak ada ayam, murah lagi. Nasi ayam penyet KUO belum cuba lagi sebab dah jatuh cinta dengan nasi ayam penyet kiosk.hahahaha.

Jadi, apa lagi..datanglah ramai-ramai serang kafe KUO. hahaha. Pasal masa, saya tak pasti..maaf. tak habis lagi kajian..kahkahkah
p/s : imej tu bakan gambar sebenar, gambar Google je.. :)





SYUHAIDARAWI

No comments:

Post a Comment