Wednesday, 18 November 2015

BERUBAH

Sebagai manusia, akan ada hari di mana kita berazam untuk mengubah diri kita, masa depan kita mahupn keluarga kita. Kita nak jadi lebih baik. Kita nak tinggalkan perkara-perkara lama. Kita ada matlamat dan tujuan hidup yang lebih jelas....
Persoalannya, bilakah hari tersebut akan tiba ?? Adakah apabila kita telah kehilangan segala-galanya yang berharga dalam hidup ? Atau apabila kita dimaki, dihamun atau dihina apabila serba kekurangan berbanding insan lain?
Jangan tunggu masa itu tiba, tetapi berubahlah sekarang, waktu ini, jam ini, minit ini, saat ini. Jangan pernah biarkan sesal hadir dalam hati walaupun untuk tempoh seketika. Biarlah hidup kita ni hanya dipenuhi dengan harapan dan semangat yang membara...
Jujur saya katakan, apabila sesal hadir dalam diri kita biarpun hanya untuk menumpang sesaat, itu bererti kita gagal menguruskan masa dengan sebaiknya..Namun, jangan pernag berputus harap. Sebagai mana janji Allah untuk menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari timur, Begitu juga kita boleh berubah selagi punya waktu, selagi roh di dalam jasad dan selagi anggota semuanya berfungsi.

hmmmm..tak tau nak tulis apa lagi...tiba-tiba rasa nak berpuitis.hihi. Ada bakat tak nak jadi penulis puisi???hehehe

#BakalPenulisPuisi
#DirikuPuitis

SYUHAIDARAWI

No comments:

Post a Comment