Saturday, 14 November 2015

CEMAS

Ha!! Menarik tak tajuk ni ? ? Anda cemas ? Rasa berdebar ?
Saya ada cerita nak kongsi ni. Pasal detik-detik cemas nak balik kampung.
Hari tu 6/7.Yeayyyy!!!nak balik kampung…dah lah ponteng kelas sebab tiket cuma ada pagi tu je untuk hari jumaat.huhu. Maaf prof sebab ponteng kelas ..
Bas saya pukul 9 naik kat Hentian Kajang.Saya tunggu RapidKL kat Bus Stop KUO.Tunggu punya tunggu, dah pukul 9.Saya hairanlah kenapa rapidKl taklalu.Rupa-rupanya salah tempat menunggu! Sepatutnya saya tunggu kat Bus Stop KIY…huhu.Saya dah nak naik bilik dah sebab dah putus asa.Tiba-tiba, sepupu saya call.Saya sepatutnya balik dengan dia. Dia dah hubungi teksi untuk hantar saya ke hentian kajang memandangkan  bas dah terlepas. Naik je teksi, saya terus suruh pak cik tu pecut…Pak cik tu terkejut bila saya cakap bas pukul 9…hahaha.Sampai di Hentian Kajang, bas dah bertolak. Saya kejar tapi tak sempat..nasib baik pak cik teksi yang baik hati tadi nampak saya. Dia suruh saya naik teksinya.Lepas tu sepupu saya call..pak cik teksi tu pun bercakap dengan pemandu bas. Nasib baik jalan jam.Hahaha. Sempat kejar bas.Teksi diberhentikan di sebelah bas.Pastu, saya turun dan naik bas…Fuhhhh!!! Sempat…Alhamdulillah. Pengalaman pertama naik bas yang mencemaskan….hahaha.bersyukur sangat ada pak cik baik hati tu..


#tqPakCikTeksi
#sisDahSerik



SYUHAIDARAWI


No comments:

Post a Comment