Monday, 2 November 2015

HAKTUIIIIIIII

Hmmmm..misteri tak tajuk tu?? Haktuiiiii !!
Selama dua minggu ni, saya balik lambat sebab haktuiiii tu lah. Tapi takpe. Saya terima dan saya tak pernah rasa terpaksa sertai haaktuiii tu. (sikit lah).hihihi. Bila kita buat apa yang kita suka, rasa penat terus hilang kan? Kita hanya akan menikmati keletihan tu seolah-olah seorang petani yang letih duk sawah tapi happy. Sebab apa? Sebab dia sedar yang tak lama lagi dia dapat tuai hasil padinya. Macam tu juga saya. Sekurang-kurangnya, dengan menyertai haktuiiii ni, saya dapat tambah kawan. Kami jadi saling memahami karakter masing-masing tidak ubah seperti sebuah keluarga. Mana tidaknya, setiap malam praktis sampai pukul 1-2 pagi. Hahaha. Kalau yang baca ni, mesti tertanya-tanya kan, apa haktuiiii tu ?..RAHSIA...

Hahaha. sebenarnya haktuiiii tu tajuk teater untuk ICAF nanti. nak tau cerita pasal apa? Datanglah tengok rabu petang, 4 Nov jam 2.30 petang. Datang ramai-ramai ke panggung seni UKM. Jangan risau, tiada bayaran akan dikenakan. Masuk adalah percuma!!

#teaterICAF
#KUO

Makanan

Nyam..nyam....
assalamualaikum semua....
Kali ni nak cakap pasal makanan..
Nak mula dari mana ya??
Sepanjang hampir 14 minggu di UKM ni, saya dah dapat track beberapa makanan sedap kat sini. Bukan saja sedap, tetapi murah! Berbaloi sangat dengan harganya..
Pertama sekali nak cerita tentang makanan kat KUO..haha. Promote kafe kolej :)..apa yang saya nak kongsi ialah tentang nasi ayam, nasi lemak dan nasi ayam penyet kat kafe KUO...pertama kali saya beli nasi ayam dia..fuuuhhh...sedaaap...harganya RM4. Kalau makan nasi ayam tu waktu tengah hari, comfirm saya dah tak turun makan malam dah...hahaha..baaaanyaaaakkk sangat!! (kalau orang lain saya tak tahulah..) hihi. Kebanyakan kawan-kawan saya memang tak habis makan. Bukan setakat nasi yag banyak, ayam pun besar-besar. Belum sos dengan kicap yang melimpah lagi...
Baru nasi ayam. Saya perna jugak cuba nasi lemak. Harga sama. Banyak jugak ! Ade nasi yang banyak, telur mata kerbau goreng, telur rebus, kacang, ikan bilis, sambal banyak, ayam pun ade!! ayam tu optional lah. Kalau tak ada ayam, murah lagi. Nasi ayam penyet KUO belum cuba lagi sebab dah jatuh cinta dengan nasi ayam penyet kiosk.hahahaha.

Jadi, apa lagi..datanglah ramai-ramai serang kafe KUO. hahaha. Pasal masa, saya tak pasti..maaf. tak habis lagi kajian..kahkahkah
p/s : imej tu bakan gambar sebenar, gambar Google je.. :)





SYUHAIDARAWI