Assalamualaikum..
Semoga hari kita berada dalam rahmat Allah. Semoga langkah kita diiringi redha Allah. Semoga tutur bicara kita disukai Allah.
Well, bakat terpendam. Semua orang adalah sama kerana masing-masing mmpunyai bakat tersendiri. Tiada orang yang kurang mahupun lebih. Allah kan Maha Adil. Cuma,yang membezakan mereka ialah adakah bakat tersebut digilap ataupun dibiarkan berkarat.
Jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Sebagai manusia yang lemah, kita seharusnya berusaha untuk menjadi kuat. Untuk jadi kuat, kita tak perlu pergi gim setiap hari atau belajar angkat berat. Percaya atau tidak, kita sebenarnya boleh jadi kuat dengan memperbaiki diri dari sudut keyakinan, keberanian bercakap di hadapan umum dan sebagainya. Dari bakat inilah kita akan memperoleh pakej ini.
SYUHAIDARAWI
Tuesday, 13 October 2015
Wednesday, 7 October 2015
10.10
Hmmmmmm...10.10???
Ada apa dengan 10.10?
Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih
tertanya-tanya apakah takdir saya pada 10/10.
Adakah pada tarikh ini Allah masih pinjamkan saya nyawa?
Adakah pada tarikh ini saya masih boleh bergerak bebas?
Adakah pada tarikh ini berlaku sesuatu yang mengubah hidup saya selamanya?
Saya sendiri tertanya-tanya. Namun, siapalah saya untuk menyoal soal takdir yang telah tertulis cantik di Luh mahfuz oleh Allah S.W.T.
Sebagai hamba, saya hanya boleh berdoa agar takdir itu adalah yang terbaik untuk saya.
Sebagai hamba, saya hanya boleh membuat persediaan untuk berjumpa-Nya kerana kematian itu pasti bagi setiap manusia.
Allah tidak melihat bagaimana kita dilahirkan di permulaan.
Allah tidak melihat bagaimana kita hidup di pertengahan.
Tapi,
Allah melihat bagaimana kita diambil untuk berjumpa dengan-Nya iaitu pada akhirnya. Adakah kita pergi dalam keadan beriman atau sebaliknya.....
Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan kita semua bahawa Allah berhak mengambil nyawa kita bila-bila masa. jadi sentiasalah bersedia. Mudah-mudahan kalimah Lailahaillallah akan terucap di bibir tatkala izrail mencabut nyawa....
10/10....Takdir yang telah tertulis namun belum dibongkar..
SYUHAIDARAWI
Ada apa dengan 10.10?Satu tarikh yang misteri kerana blog ini ditulis pada 7/10. Jadi, saya sendiri masih

Subscribe to:
Posts (Atom)