Sunday, 4 October 2015

'LONERANGER'

Loneranger
Lonelyranger









Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak cerita pengalaman sebagai seorang 'lonelyranger'. Bukan 'Loneranger'..hahahaha. Saya sebenarnya seorang yang tidak suka bersendirian sebab rasa macam takde 'life', Rasa macam budak skema yang kerjanya belajar 24 jam. Sejujurnya, itulah persepsi saya terhadap orang-orang yang suka makan sendirian, jalan sendirian dan pergi kelas sendirian. Inilah yang dipanggil 'stereotyping' yang mana tidak bagus untuk diamalkan.

Well, Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. Disebabkan sikap saya yang suka 'stereotype' ni, Allah bagi saya merasa hidup sendirian. Kawan-kawan yang sepatutnya sentiasa sekelas dengan saya tiba-tiba ditukar set secara automatik oleh sistem. Dari situ, bermulalah riwayat saya sebagai 'Lonelyranger'. Huhuhu.

Well, untuk kali pertama, being a 'lonelyranger' is not that bad. Saya masih boleh menikmati hari-hari saya dengan ceria. Saya sudah tidak kisah jika perlu makan sendirian di sebuah meja atau jalan-jalan sendirian sambil buat 'window shopping'.

Dari pengalaman ini, 'mindset' saya berkaitan 'lonelyranger' terus berubah. A lonelyranger has their own brighter side...


SYUHAIDARAWI

MENTOR

Hmmmm..minggu ni Sir Azwan bagi tajuk 'Mentor'. Well, saya pun tak tahu nak tulis apa pasal mentor sebab tiada pun mentor yang ajar saya mengenai mentor. Hahaha...pening sikit. Sebab itulah penting mempunyai mentor ni. Bagi saya, mentor merupakan seseorang yang boleh membimbing orang lain. Tidak kira membimbing ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan. Ada orang menjadikan senior sebagai mentornya dalam melakukan perkara yang tidak baik seperti ponteng kelas, merokok dan sebagainya. Namun, ada juga indivdu menjadikan senior sebagai mentor untuk membantunya dalam memahami subjek-subjek pelajaran tertentu. Semuanya bergantung kepada individu berkenaan kerana pilihan di tangan mereka dan merekalah yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka. :)


Sepanjang 19 tahun Allah membenarkan saya hidup, saya diberi peluang untuk mampunyai mentor bahkan menjadi seorang mentor. Ia bukanlah sesuatu yang perlu saya banggakan kerana menjadi seorang mentor merupakan tugas yang besar dan berat untuk dipikul. Segala tindak-tanduk kita sebagai mentor akan dinilai oleh mentee. Kita juga perlu lebih 'advance' berbanding mentee kerana kita merupakan tempat rujukan mereka setiap kali terdapat kemusykilan dalam fikiran mereka.


Well, pengalaman mentor-mentee ni juga bakal saya rasai di UKM. Mentor saya ialah Dr Azlina Ahmad. 6 oktober merupakan pertemuan pertama kami dan saya harap bukan yang terakhir :)
Saya akan berusaha menjadi seorang mentee yang baik..In Shaa Allah...



















SYUHAIDARAWI