Thursday, 10 December 2015

Xtreme C

Hmmm. ExtremeC ni merupakan salah satu kelab kecil di bawah Kolej Ungku Omar. Saya merupakan salah seorang ahlinya. So, pada minggu lepas kelab ni buat aktiviti perkhemahan sebagai satu pengenalan ahli-ahli baru dan untuk merapatkan jurang antara junior dan senior. Seronok sangat! semua orang sporting habis..terasa macam satu keluarga yang besar. Saya dah mula sayang kelab ni walaupun tak sampai dua hari kami bersama. Macam-macam aktiviti kami lakukan dari yang simple hinggalah aktiviti lasak. Yang paling best time nak masak. Dalam kelab ni, kami telah dipecahkan mengikut 'siblings'. Masa tu, 'sibling' saya ialah Aqilah, Ilani, Kak Husna, Kak Cheeqon, Kak Nana, Azli, Iffah, Abang Pali, Abang Areep dan Abang Amy. Semuanya tengah belajar lagi. Ada yang tengah sambung master, jadi felo KUO. Walaupun hujan lebat sehingga khemah bocor dan pakaian basah, namun kami tetap meneruskan perkhemahan. Malam tu, kami tidur di bawah astaka. Lupa nak beritahu, kami sebenarnya berkhemah di Gunung Angsi Negeri Sembilan..Hihihi. Jangan risau, semua terjaga. Tiada campur lelaki perempuan. heee.Yang paling best, masa hari terakhir, kami makan nasi ambeng. Nasi gaul sardin dan telur. mula-mula waswas juga nak makan sebab campur sekali kan..tapi sebab lapar, layan jelah. Hahahaha.



SYUHAIDARAWI

Prolog

Aku membuka mata.
 Hari ini ialah permulaan yang baru bagiku. 
Aku ingin berubah. Ya! Aku ingin berubah. 
Setiap denyutan nadiku kini hanyalah untuk Allah. Apa yang aku lakukan semata - mata untuk mencari keredhaan-Nya. Biarlah perkataan yang keluar dari lidahku ini semata-mata untuk mengajak manusia mencintai - Nya, yakin pada - Nya dan taat pada setiap suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ya, itu janjiku! Namun, sebagai manusia aku sering dilalaikan dengan perkara duniawi yang sifatnya sementara dan sia-sia. Aku leka dengan keseronokan sementara. Aku terlena dalam mimpi indah yang bakal dikejutkan bila-bila masa. Namu, in bukannya alasan untuk aku membiarkan diriku hanyut dalam dosa. Aku tetap akan berubah. Akanku kuatkan langkah ini di jalan tarbiah agar apabila aku tergelincir, akan ada sesuatu yang boleh dijadikan tempat berpautku. Ya! Aku nekad kini. Aku yang menentukan langkahku. Biar aku yang tentukan!.  



SYUHAIDARAWI